Friday, 27 December 2013

////

Cara Penggunaan Perkataan هَـٰذَ (topik 1)

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ



Pelajaran 1  - الدَّرْسُ الأوَّلُ


Topik 1: Ini ialah/adalah… - هَـٰذَا... 


Pengenalan - مُقَدِّمَةٌ


  • Dalam pelajaran pertama ni, kita akan belajar tentang penggunaan kata ganti nama هَـٰذَا yang bermaksud 'ini ialah' (dalam tatabahasa melayu,dikenali sebagai kata ganti nama demonstratif). /Hādhā/ ini asasnya disebut sebagai هَاذَا tapi bagi penulisannya, huruf alif selepas هَـ digugurkan. perkataan kedua yang mengiringi kata nama ini adalah kata nama (objek) yang ditunjukkan,  misalnya : بَيْتٌ (rumah).

contoh:





  • Untuk pengetahuan kamu, bahasa arab tiada perkataan yang sama erti dengan "ialah/adalah" atau dalam bahasa inggeris, dikenali sebagai "is" yang disebut sebagai kata penghubung. seperti contoh di atas, /Hādhā/ digabungkan secara terus kepada objek tanpa ada pengantara diantara /Hādhā/ dan juga objek . contohnya  هَـٰذَا مَسْجِدٌ  yang secara lisan terjemahannya disebut "ini ialah masjid". makna kata, perkataan /Hādhā/ membawa maksud "ini ialah".

  • Begitu juga dengan perkataan "ini". sama keadaannya seperti diatas. Bezanya dengan "ialah", perkataan "ini" tu, sama maksudnya kepada tanda tanwin pada hujung huruf objeknya. maksudnya, menjadi sebutan -un dipenghujungnya. atau ringkasnya begini; masjidu, menjadi masjidun. Perkataan -un ini juga sama maksud bagi perkataan "a/an" dalam bahasa inggeris. 

Mari kita berlatih cara penggunaan /Hādhā/ ini. ayuh!






mudahkan?



  • alhamdulillah.. Sekarang kita telah mempelajari cara penggunaan perkataan /hādhā/ bag membina ayat mudah. Selepas ini, insyaAllah kita akan teruskan dengan cara untuk mengatakan "apa ini?" atau dalam bahasa inngerisnya, "what is this?" dalam entri yang seterusnya :)

p/s: setiap tulisan sebutan rumi seperti /hādhā/ yang terdapat penggunaan huruf " ā " misalnya,ini adalah perlu disebut secara panjang. 2 harakat atau bersamaan menyebut aa. menjadikan sebutan tu berbunyi "haadhaa" dan bukannya hadha. insyaAllah akan ana buat pelajaran khas tentangnya. bukan sekadar ā  ;)



0 Reactions to this post

Add Comment

    Post a Comment

    Notis :

    pertama kali tiba disini?